Ustaz Kazim dalam keadaan stabil - HUSM
Astro Awani
Februari 20, 2016 12:07 MYT
Februari 20, 2016 12:07 MYT
Penceramah bebas, Datuk Kazim Ilias yang dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian semalam kini masih dirawat di hospital itu.
Walaubagaimanapun, pihak hospital dalam satu kenyataan ringkas berkata keadaan Kazim kini stabil.
Kazim dikatakan sepatutnya menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di pekarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok, pada malam Jumaat.
Kazim baharu memulakan ceramah selama 10 minit sebelum meminta maaf di hadapan kira-kira 2,000 penonton selepas beliau mengadu penat.
Beliau terus dibawa ke Klinik Kesihatan Jelawat untuk menerima rawatan awal sebelum dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian.