'Ustaz Bollywood' Haslin Baharim, Ismail Menk dilarang masuk Singapura
Bernama
Oktober 30, 2017 21:44 MYT
Oktober 30, 2017 21:44 MYT
Kementerian Dalam Negeri Singapura (MHA) tidak akan membenarkan Ustaz Haslin Baharim untuk memasuki republik ini.
Seorang lagi yang tidak dibenarkan ialah Ismail Menk.
Keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Lembaga Pelancongan Singapura dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.
Dalam kenyataan di laman Webnya, MHA berkata telah datang ke pengetahuan kerajaan, mereka terlibat berceramah di atas kapal kruis yang berlepas dan berakhir di Singapura dari 25 hingga 29 Nov lalu.
Ismail Menk dan Haslin sebelum ini ditolak permohonan Pas Kerja Pelbagai mereka bagi berceramah di Singapura, katanya.
Menurut kementerian itu, Ismail Menk diketahui berceramah ajaran yang memisah dan memecah belah.
"Sebagai contoh, beliau berceramah bahawa adalah menjadi dosa besar dan jenayah bagi seorang Muslim untuk mengucapkan kepada bukan Islam Selamat Hari Krismas dan Selamat Deepavali, yang secara ringkas orang Islam tidak dibenarkan mengucapkan perasaan gembira semasa perayaan agama orang bukan Islam," katanya.
Haslin pula telah melahirkan pandangan yang menggalakkan ketidak harmonian antara orang Islam dan bukan Islam yang beliau sifatkan sebagai 'menyeleweng'.
Pandangan memecah belah seperti itu menyemai amalan tidak bertolenrasi dan eksklusif yang boleh merosakkan keharmonian dan menyebabkan masyarakat berpecah, kata kementerian tersebut.
MFA berkata kedua-duanya tidak boleh diterima dalam konteks masyarakat berbagai bangsa dan agama Singapura.
-- BERNAMA
#agama
#Islam
#Ismail Menk
#Kementerian Dalam Negeri
#kerajaan
#Majlis Ugama Islam Singapura
#MUIS
#PAS
#Singapura
#Ustaz Haslin Baharim