Ustaz Azhar Idrus sudah dibenarkan pulang
Sinar Harian
Mac 20, 2023 08:34 MYT
Mac 20, 2023 08:34 MYT
KUALA TERENGGANU: Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dibenarkan pulang selepas dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan sejak Selasa lalu.
Perkembangan itu dikongsikan oleh isterinya, Rogayah Sulong menerusi hantaran di laman Facebooknya pada malam Ahad.
"Alhamdulillah Ustaz dah 'discharge'. Terima kasih pada pihak hospital HSNZ atas layanan yang baik.
"Terima kasih juga kepada crew (kru) ustaz dan kepada semua yang mendoakan. Semoga ustaz sembuh seperti sediakala agar dapat meneruskan dakwah seperti biasa," tulisnya.
Pendakwah itu sebelum ini dimasukkan ke hospital berkenaan dipercayai menerima rawatan kerana mengalami masalah kesihatan melibatkan paru-paru.
Perkembangan mengenai penceramah bebas itu dikongsikan beberapa pemimpin di Terengganu serta turut tular di media sosial.
Exco Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dilaporkan berkata, Ustaz Azhar atau juga dikenali sebagai UAI dimasukkan ke hospital selepas mengadu kurang sihat.
Menurutnya, tahap kesihatan penceramah itu bertambah baik selepas menjalani rawatan di hospital berkenaan. - Sinar Harian
#Ustaz Azhar Idrus
#Azhar Idrus dimasukkan ke hospital
#Hospital Sultanah Nur Zahirah
#penceramah bebas