Ustaz Azhar dilarang beri ceramah?

Sinar Harian
Mac 22, 2018 12:01 MYT
Difahamkan penganjur yang terdiri daripada jawatankuasa Masjid Kampung Bahagia, mengetahui berhubung halangan dari pejabat agama itu. - Gambar fail
Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang dijadualkan di Masjid Kampung Bahagia, di sini malam tadi mendapat kekangan dipercayai daripada Pejabat Agama Daerah Setiu atas sebab penceramah tidak mendapat tauliah.

Bagaimanapun, bagi tidak menghampakan jemaah yang telah hadir, kuliah maghrib tersebut tetap diadakan di lokasi lain iaitu di Pasti bersebelahan.

Difahamkan penganjur yang terdiri daripada jawatankuasa Masjid Kampung Bahagia, mengetahui berhubung halangan dari pejabat agama itu.

Sebagai langkah mengelak tindakan undang-undang diambil ke atas penceramah bebas itu, penganjur menukar lokasi kuliah malam tadi.

#Azhar Idrus #Masjid Kampung Bahagia #Pejabat Daerah Setiu #penceramah bebas #undang-undang
;