Ustaz antara 9 Majlis Tertinggi UMNO dilantik
Astro Awani
November 30, 2013 08:45 MYT
November 30, 2013 08:45 MYT
Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias antara sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik.
Ia diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ahli MT lain yang dilantik adalah:
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Datuk Hamzah Zainuddin
Datuk Johari Abdul Ghani
Datuk Irmohizam Ibrahim
Datuk Mohd Sharkar Shamsudin
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah
Ustaz Mohammad Kazim Elias
Lapan lagi yang dilantik termasuk Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin; Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.
Selain itu, turut dilantik ialah ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin dan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah dan yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut dilantik bagi menganggotai ahli MT UMNO.
Tengku Adnan berkata, pengumuman pelantikan berkenaan dibuat bagi melengkapkan 13 ahli tambahan MT parti itu sebagaimana yang terkandung dalam Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO.
“Saya percaya mereka dilantik berpengalaman dan boleh memberi input yang baik kepada parti dan akan bergerak bersama 25 MT yang dipilih perwakilan pada pemilihan parti bulan lepas,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya.
Sebelum ini, Naib Ketua Wanita, Datuk Azizah Mohd Dun; Penolong Setiausaha Wanita, Datuk Rosni Sohar; Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik khan dilantik pada mesyuarat pertama MT, 22 November lalu.