Usaha pembangkang tarik perhatian luar
Astro Awani
Januari 10, 2013 09:48 MYT
Januari 10, 2013 09:48 MYT
Penganjuran Himpunan Rakyat merupakan usaha pembangkang untuk menarik perhatian negara luar.
Menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ia dilihat sebagai perkara penting untuk mencari dana asing demi survival politik pembangkang.
Ujar Tengku Adnan, pembangkang sudah kehabisan modal selain terdesak untuk mendapat sokongan.
Tengku adnan turut mencabar pembangkang untuk mengumpul satu juta peserta seperti yang diwar-warkan.
Justeru, rakyat harus sedar tujuan pembangkang yang hanya mahu mengugat keamanan yang dicapai selama ini.