Usaha meremajakan Umno disambut baik
Astro Awani
September 22, 2013 12:06 MYT
September 22, 2013 12:06 MYT
Ramai berpendapat kaedah baru dalam pemilihan Umno kali ini seiring dengan hasrat Presiden , Dato Seri Najib Tun Razak yang mahu peremajaan semula parti dibuat.
Pemilihan kali ini menyaksikan lebih 146,000 perwakilan dari 191 bahagian diberi mandat untuk memilih calon pilihan di peringkat bahagian dan pusat.
Sejarah membuktikan Umno pernah jadi platform untuk pemimpin muda mengetengahkan aspirasi mereka.
Khususnya ketika era sebelum kemerdekaan dan pasca 1957 yang menyaksikan pengisian kemerdekaan itu lebih tertumpu kepada belia.
Pada era 70an dan 80an, jawatan naib presiden pernah disandang individu di usia awal 30 an.
Tun Abdul Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Ghafar Baba, Tengku Razaleigh dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah tokoh yang memulakan karier politik di usia muda.
Persoalannya, adakah kegemilangan ini boleh dikembalikan?
Ikuti suara akar umbi mengenai keperluan Umno menampilkan pemimpin muda.