Usaha mengesan suspek kes bunuh anggota polis cawangan khas selesai

Bernama
Februari 6, 2014 07:29 MYT
ACP Khairi Ahrasa - Gambar Fail
Polis percaya usaha mengesan suspek yang membunuh anggota polis Cawangan Khas Bukit Aman, T. Thivakaran di Bukit Persekutuan Selasa lepas, selesai dengan penahanan seorang anggota polis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata anggota polis berusia 33 tahun itu merupakan satu-satunya orang yang didapati berada di tempat kejadian.
"Kami akan lakukan siasatan lanjut terhadap suspek bagi memastikan motif pembunuhan," kata Khairi Khamis.
Thivakaran dijumpai mati Selasa lepas dengan dua kesan tembakan di kepala.
Lewat hari yang sama, suspek menyerah diri di balai polis Jalan Travers dengan membawa sepucuk pistol dan dia ditahan reman selama seminggu bagi membantu sisatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
#ACP Khairi Ahrasa #cawangan khas #polis #T. Thivakaran
;