Usaha mengesan Ayrill sedang berjalan

Madiha Abdullah
November 4, 2016 15:14 MYT
Ayrill dilaporkan hilang sejak Isnin lalu. - Facebook/CT Rohayu Yaacob
Usaha untuk mengesan kanak-kanak berusia 10 tahun yang hilang sejak beberapa hari lalu masih berjalan.
Noor Ayrill Aqasha dilaporkan hilang sejak 31 Okt lalu.
Kanak-kanak itu kali terakhir dilihat di berada di sekitar kawasan Jalan Jejaka 9, Taman Maluri, Cheras.
Portal BH Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin mengesahkan sudah menerima laporan daripada ibubapa kanak-kanak itu.
Laporan itu juga menyebut, Ayril sering keluar rumah, namun kebiasaannya akan pulang sendiri.
Kehilangan Ayrill diviralkan ibunya, Siti Rohayu Yaacob, di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi, sebagai satu usaha untuk menjejaki Ayrill.
#budak hilang #Noor Ayrill Aqasha
;