Usah segan ketengahkan produk seni halus kreatif tempatan
Syafique Shuib
Februari 18, 2014 11:45 MYT
Februari 18, 2014 11:45 MYT
Produk seni halus kreatif tempatan terutama sekali yang dihasilkan oleh komuniti Orang Asli kian mendapat perhatian dari negara luar. Ini juga dibuktikan dengan permintaan yang meningkat untuk ukiran kayu dan anyaman.
Namun, pengarah urusan Platinum Unik Norlia Samsi berkata ia kurang mendapat penghargaan rakyat tempatan.
“Matlamat kita sekarang, kita bukan sahaja hendak menghasilkan ukiran kayu ataupun anyaman tetapi mahu masyarakat orang asli itu ke depan.
“Bila masyarakat Malaysia sendiri ke pulau Carey, mereka tidak tahu apa yang ingin dilihat di sana.
Pengarah Mah Meri Cultural Village Rashid Esa juga berkata rakyat Malaysia perlu berani untuk mengetengahkan produk-produk seni halus tempatan.
Sebagai contoh, beliau menghasilkan buku berjudul ‘Flowers of the Spirits’ untuk membuktikan bahawa seni origami adalah dari Malaysia.
Sementara itu, pihak kerajaan memberi dana sebanyak RM21 juta untuk diagih kepada 15 buah syarikat yang berjaya bagi merangsang industri kreatif tempatan
Pemilik bersama Artcube Sdn Bhd Azhar Ahmad berkata ini adalah antara sokongan pihak kerajaan untuk mengetengahkan produk-produk seni kreatif tempatan untuk dibawa ke peringkat global.