"Usah rumitkan prosedur zakat" -Netizen

Shamil Hizamie
Jun 23, 2015 11:04 MYT
Kisah Rosli Hamid yang saban menunggu bantuan zakat kian mendapat perhatian pengguna media sosial. Foto - AWANI/Shahir Omar
Kisah Rosli Hamid yang saban hari menunggu bantuan zakat kian mendapat perhatian ramai.
Ketua keluarga berusia 46 tahun ini lumpuh kedua belah kaki selepas terlibat dalam satu kemalangan motosikal pada tahun lepas.
Sejak dari itu, bapa kepada tiga orang anak ini dirundung bebanan untuk menyara keluarga apabila terpaksa bergantung kepada wang Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
Tambah menyedihkan keadaan, wang bantuan zakat yang dipohon tidak juga kunjung tiba.
Menurut Rosli, ketua kampungnya sendiri tidak memberikan bantuan selepas permohonan zakat dibuat melaluinya pada tahun lepas.
BACA: Tunggu zakat: 'Ketua kampung pun tak mahu layan saya' - Rosli Hamid
GALERI FOTO: Kasih ayah sepanjang masa, pengorbanan ayah tiada tandingan
Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek menyatakan bahawa Rosli tidak boleh terus memanjatkan aduan kepada pihak media kerana banyak lagi cara untuk meneliti dan memproses permohonannya.
Sementara itu, para netizen yang membaca kisah Rosli di laman web Astro AWANI mempunyai pandangan tersendiri yang diluahkan di Twitter.

@aymeemin either way tak patut betul how the ketua kampung and the MP treat him. He's an OKU, how do u expect him to move to see them?

— Afiq S (@afiqio) June 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@afiqio mungkin diorg expect the guy to sujud cium kaki kot baru nak tolong. Ni dah keluar berita mesti baru terhegeh-hegeh nak buat kerja

— Min Min (@aymeemin) June 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani. Sepatutnya peg zakat yg pi cari dia supaya cepat lulus, ni x menteri suruh dia sdr yg semak. Please la @Khairykj @NajibRazak

— mohd khalil (@khalil_jusoh) June 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

.@501Awani ahli parlimen backup ketua kg yang jelas abaikan oku. Ahli parlimen sendiri tak boleh turun tolong ke? pic.twitter.com/ElkrVQssS0

— ahmad adam (@AhmadAdamK) June 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani org pakai wilcar, suh kulu kile buat rayuan plak

— Sham Abu Hassan (@sham4177) June 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@1Obefiend @501Awani thats true. Bagi je direct. Bagi kat lembaga zakat, sibuk cerita kutipan juta2. Tp bantuan susah nak dapat.

— Suriram (@IkramHatta) June 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani dah berkerusi roda & andaian hidup kurang bermasyarakat? Semoga kes dikaji segera @HasanMalekKP

— AZ-ZAKWANUL FAIZ (@azzakwan) June 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengguna Facebook turut menzahirkan pendapat mereka dengan pelbagai reaksi terhadap rentetan kisah malang yang melanda Rosli sekeluarga.
Rata-rata pengguna media sosial mempersoal proses untuk mendapatkan bantuan zakat yang sedikit rumit atau terlalu banyak prosedur.
#bantuan #jkm #OKU #Rosli Hamid #zakat
;