Usah bayangi pelantikan Acryl Sani dengan polemik politik - Pemuda UMNO
Astro Awani
Mei 2, 2021 17:00 MYT
Mei 2, 2021 17:00 MYT
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani seorang yang sememangnya berpengalaman serta layak secara automatik untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.
Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn berkata, pelantikan tersebut tidak harus dibayangi dengan polemik politik yang berupaya menjejaskan kredibiliti proses peralihan jawatan KPN.
"Rakyat menaruh setinggi keyakinan kepada Acryl Sani untuk menjalankan tanggungjawab selaku Ketua Polis Negara sebagaimana yang dibuat oleh Abdul Hamid Bador tanpa perlu tunduk kepada sebarang tekanan mahupun keperluan untuk memenuhi kehendak politik.
"Jangan bimbang Acryl Sani, rakyat bersama kamu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pada masa yang sama, Bastien berpendapat sebarang tindak-tanduk yang dilihat mencampuri urusan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu diberi perhatian serius oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
#UMNO
#PDRM
#Muhyiddin Yassin
#Pemuda UMNO
#Yang di-Pertuan Agong
#Acryl Sani Abdullah Sani
#bastien onn
#Polis Diraja Malaysia
#Ketua Polis Negara