Urutan tradisional, berbekam dibenarkan: Antara tumpuan utama dinyatakan Ismail Sabri hari ini

Umavathi Ramayah
Julai 1, 2020 14:06 MYT
Ismail Sabri Yaakob memberitahu, masjid dan surau dibenarkan mengadakan tazkirah sebelum solat Jumaat bermula Jumaat ini. Gambar fail/BERNAMA
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media harian berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pada hari ini, 1 Julai 2020.
Berikut adalah inti pati yang diberi tumpuan:
1) Task Force Operasi Pematuhan membuat 61,262 pemeriksaan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKPP. Polis menahan 55 individu termasuk 11 daripada mereka direman atas kesalahan ingkar PKPP.
2) Aktiviti urutan tradisional termasuk berbekam dan urutan lepas bersalin dibenarkan.
3) Kuliah dan Solat Duha dibenarkan diadakan di masjid serta surau.
4) Masjid dan surau dibenarkan mengadakan tazkirah sebelum solat Jumaat bermula Jumaat ini (3 Julai 2020).
5) Kerajaan menganjurkan pertandingan mencipta logo dan tagline Kempen Kesedaran COVID-19. Pertandingan ini dibuka mulai hari ini (1 Julai 2020).
#COVID19 #Imigresen #ismail sabri yaakob #Ops Benteng #pati #pemeriksaan kenderaan #PKPP #RMCO #rumah beribat #tekong
;