Urusan pembaharuan LKM di Puspakom Sabah, Sarawak bermula 1 Nov

Bernama
Oktober 30, 2021 20:53 MYT
Urusan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan boleh dilakukan di 14 pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom) di Sabah dan Sarawak bermula 1 Nov ini. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Urusan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan boleh dilakukan di 14 pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom) di Sabah dan Sarawak bermula 1 Nov ini, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).
MOT dalam satu kenyataan hari ini berkata urusan pembaharuan itu melibatkan kenderaan motokar dan motosikal persendirian kecuali kenderaan e-hailing dan kenderaan decontrolled, iaitu kenderaan barangan dengan berat 7,500 kilogram (kg) ke bawah.
"Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kerajaan dan memudahkan rakyat mendapat akses perkhidmatan secara lebih meluas, bersifat mesra pelanggan serta menjimatkan kos, masa dan tenaga," kata MOT.
Orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Puspakom 03-51017000, e-mel ke customerservice@puspakom.com.my, mesej peribadi di Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd atau Live Chat melalui laman sesawang PUSPAKOM www.puspakom.com.my untuk maklumat mengenai perkhidmatan.
-- BERNAMA
#pembaharuan lesen #Puspakom #Sabah #Sarawak #LKM #Kementerian Pengangkutan
;