UPTM jalin kerjasama antarabangsa di China

Kenyataan Media
Ogos 25, 2024 13:06 MYT
UPTM mengetengahkan keunikan universiti yang memberi tumpuan khas kepada sijil profesional yang akan dimiliki pelajar bersama-sama dengan pengajian ijazah sarjana UPTM.
UNIVERSITI Poly-Tech Malaysia (UPTM) telah berjaya menandatangani dua memorandum kolaborasi dengan Zhongshan Polytechnic dan Quanzhou Preschool Education College di China-ASEAN Education Cooperation Week (CAECW2024) pada 24 Ogos 2024. Forum China-ASEAN ini merupakan acara tahunan Kementerian Luar Negara dan Kementerian Pendidikan Tinggi, People’s Republic of China yang telah berjaya menjemput delegasi dalam kalangan pemimpin negara dan institusi pengajian tinggi dari negara-negara Asia Tenggara untuk berkolaborasi dengan institusi pengajian tinggi China.
Naib Canselor UPTM, Prof. Madya. Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh dan Pengarah Pengantarabangsaan dan Industri Dr Mohd Erfino Johari telah hadir ke forum ini untuk memperkukuhkan kerjasama di peringkat antarabangsa. Melalui jemputan khas oleh International Cultural Communication Center Malaysia (ICCCM) yang mempunyai pejabat dan rangkaian jaringan kerjasama di China, Indonesia, Uzbekistan, Pakistan, Belgium dan Nigeria, UPTM telah dapat diperkenalkan sebagai sebuat universiti yang memfokus kepada bidang profesional, teknologi dan sains sosial. UPTM juga telah mengetengahkan keunikan universiti yang memberi tumpuan khas kepada sijil profesional yang akan dimiliki pelajar bersama-sama dengan pengajian ijazah sarjana UPTM.
Antara isi kandungan memorandum kolaborasi yang telah ditandatangani adalah untuk mempertingkatkan kualiti program akademik dan kesarjanaan universiti di peringkat antarabangsa. Kedua, untuk memulakan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan Zhongshan Polytechnic dan Quanzhou Preschool Education College. Ketiga, mengadakan pelbagai initiatif seperti pertukaran pelajar dan pensyarah, kerjasama dalam penyelidikan, program edutourism dan pengukuhan bahasa. Selain dari institusi
pengajian tinggi China, UPTM juga telah berpeluang mengadakan jalinan kerjasama peringkat awal dengan delegasi dari Indonesia, Thailand and Timur Leste seperti Universitas Semarang, Universitas Borobudur dan Universiti Thaksin. UPTM berhasrat untuk memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak di peringkat antarabangsa terutamanya dengan badan profesional, syarikat multi-nasional, institusi pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan. CAECW2024 ini meletakkan UPTM di landasan yang baik untuk menjalinkan kerjasama akademik dan industri bukan sahaja dengan People's Republic of China, tetapi juga dengan kesemua 38 negara lain dalam kategori negara 'Belt and Road Initiatives’ (BRI).
UNIT SEKRETARIAT & KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA (UPTM)
#UPTM #China #Memorandum Kerjasama #China-ASEAN Education Coorperation Week