UPSR: Kertas Bahasa Inggeris, Ujian Aptitud berjalan seperti biasa

Astro Awani
September 10, 2014 15:13 MYT
Hanya Kertas Peperiksaan Sains 018, 028, 038 ditangguhkan. -Gambar fail
Semua kertas Bahasa Inggeris dan Ujian Aptitud Tahun Enam UPSR pada 11 September berjalan seperti dijadualkan.
Kementerian Pendikan Malaysia memberikan pengesahan tersebut selepas tersebarnya tweet palsu yang mengatakan Kertas Bahasa Inggeris ditangguhkan kerana didapati bocor.
“Pihak Lembaga Peperiksaan dan KPM tidak pernah mengeluarkan berita tersebut,” kata KPM dalam satu kenyataan ringkas di Facebook dan Twitter.

Tweet PALSU Pihak Lembaga Peperiksaan dan KPM tidak pernah mengeluarkan berita tersebut. http://t.co/0owwuLWaMH

— KPM (@KemPendidikan) September 10, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Kertas Peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ditangguhkan pada 30 September kerana didapati bocor.
#bocor #integriti #Lembaga Peperiksaan #pendidikan #UPSR