Seramai 4,896 calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seluruh Malaysia mencapai keputusan semua A bagi tahun 2016.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Yusof, jumlah tersebut merupakan 1.11 peratus dari jumlah keseluruhan 440,782 calon yang menduduki UPSR tahun ini.
Selain itu, seramai 8,345 calon atau 1.89 peratus memperoleh keputusan maksimum 1B.
Manakala, 35,752 calon atau 8.11 peratus memperoleh minimum 2B dan 91,366 calon atau 20.73 peratus memperolehi minimum 1C.
Selain itu, 9,519 calon pula atau 2.16 peratus mendapat semua E dan gred purata nasional ialah 2.96.
Dr Khair berkata, keputusan tahun ini tidak boleh dibandingkan dengan keputusan tahun lepas kerana UPSR 2016 mengikuti format peperiksaan yang baharu.
"Calon peperiksaan UPSR pada tahun ini merupakan kohort pertama yang telah mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejak Tahun 1 iaitu pada tahun 2011," katanya.
Beliau ditemui dalam sidang media pengumuman analisis keputusan UPSR 2016 di Putrajaya pada Khamis.
Azyyati Ahmad
Thu Nov 17 2016
Murid-murid SK Marian Convent Ipoh meraikan kejayaan mereka memperolehi keputusan 6A dalam UPSR 2016 hari ini. - fotoBERNAMA
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Taksiran UPSR Sarawak tidak bertentangan dengan dasar pendidikan negara - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata selagi cadangan itu berkait dengan pentaksiran, bermakna ia masih lagi seiring dengan hala tuju Kementerian Pendidikan (KPM).
UPSR sekat peluang pelajar aktif bidang selain akademik - Dapatan KPM
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) belum sesuai dikembalikan kerana ia menyekat peluang pelajar aktif dalam bidang selain akademik.
UPSR bukan peperiksaan
UPSR bukan suatu peperiksaan pada peringkat persijilan sebaliknya ia merupakan satu titik pengukur menilai pencapaian murid dalam literasi, numerasi dan penaakulan di peringkat sekolah rendah.
Maszlee ucap selamat berjaya kepada calon UPSR
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengucapkan selamat berjaya kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Sedar atau tidak, lepasan UPSR kini rasai kesan psikologi - Mahdzir
Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui wujud kesan psikologi terhadap murid-murid lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang gagal mencapai semua 'A'.
Keputusan UPSR 2017 lebih baik berbanding 2016 - KP Pelajaran
Katanya, peratusan calon yang mencapai tahap penguasaan minimum tahun ini meningkat sebanyak 1.6 peratus kepada 293,514 (68.1 peratus) calon berbanding 293,184 (66.5 peratus) calon pada 2016.
443,794 calon ambil UPSR hari ini
Seramai 443,794 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017 bermula hari ini hingga 18 Sept ini.
Ismail Sabri cadang wujud MRSM berbayar
Banyak permintaan daripada ibu bapa berpendapatan tinggi yang anak mereka cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mahu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di MRSM.
Calon UPSR dapat D kertas Bahasa Melayu boleh terus ke tingkatan satu
Beliau berkata surat pekeliling berhubung langkah berkenaan akan diedarkan ke Jabatan Pendidikan negeri-negeri dalam tempoh terdekat.
Keputusan UPSR 2016 diumum esok
Calon UPSR boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai 10 pagi Khamis.