UPP Kedah tegas pertingkatkan penguatkuasaan
Astro Awani
Ogos 14, 2013 09:00 MYT
Ogos 14, 2013 09:00 MYT
Susulan kes-kes penyeludupan termasuk senjata api yang membimbangkan banyak pihak.
Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah, agensi penguatkuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempertingkatkan pemeriksaan di sempadan Bukit Kayu yang menjadi laluan keluar masuk kenderaan kedua-dua negara.
Perkara itu ditegaskan Komander UPP Kedah Abdul Latiff Abdul Rahman yang berkata sudah tiba masanya UPP mengambil tindakan drastik bagi mengekang aktiviti penyeludupan senjata berbahaya ini.
Berikutan itu UPP akan memperincikan setiap kali pemeriksaan dibuat ke atas kenderaan yang mencurigakan walaupun sindiket terlepas di beberapan tapisan sebelum ini.
Pemeriksaan adalah secara `luar biasa’ membabitkan semua jenis kenderaan di bahagian-bahagian sulit kenderaan yang melalui sekatan jalan raya yang dijalankan upp berdekatan kompleks kastam, imigresen dan kurantin Bukit Kayu Hitam.
Selain itu, UPP tidak lagi bergantung kepada pemeriksaan jalan raya tetapi mengesan penyeludup di mana sahaja dengan membuat pemeriksaan dan menahan mereka jika didapati bersalah.
Orang ramai diharap memahami tugas UPP ini dalam menjaga sempadan negara dari di bolosi penyeludup yang mampu mengancam keselamatan negara.
“Kita perlu ingat kemungkinan selepas ini pemeriksana kita buat lebih teliti dan orang awam pun jangan bising bila kita buat pemeirksaan luar biasa sikit.
“Sebelum ini kita mungkin periksa hanya kompartment biasa tapi ini lebih teliti, mungkin ada ruang-ruang yang lebih tersorok itu kita terpaksa dan kita terpaksa ambil perhatian benda-benda macam ni,” katanya.
Beliau mengingatkan orang ramai sedar perkara ini dan tidak cuba menyeludup barang barang kawalan dan berbahaya kerana tindakan tegas akan diambil tanpa mengira latar belakang.
Malah pemeriksaan ini dilaksanakan sepanjang masa tumpuan secara menyeluruh dan tidak bermusim bagi semua barang yang diseludup masuk atau keluar ke negara jiran.
“Kepada orang ramai kita nasihatkan jangan terlibat dalam menyeludup apa-apa barang larangan juga jika barang bercukai sila bayarlah cukai-cukai yang terlibat. Pada sama ada orang Malaysia atau orang daripada negara jiran, kita akan ambil tindakan pada sesiapa saja yang terlibat melanggar peraturan sedia ada.
“Selain itu UPP juga lebih kerap memantau lorong-lorong tikus terutama di sekitar kompleks bebas cukai dan sempadan Bukit Kayu Hitam bagi mengekang peyeludupan barang kawalan dan bersubsidi,” kata Abdul Latiff.
Adalah dianggarkan lebih kurang 300 lorong-lorong tikus terdapat di sepanjang garisan 45 Km dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Padang Besar, Perlis.
Setakat Januari hingga Jun, UPP Kedah telah berjaya merampas kira-kira RM4.5 juta barangan yang diseludup termasuk barangan kawalan, barang bersubsidi dan mercun.