MADINAH: Universiti Islam Madinah menawarkan jumlah biasiswa tanpa had kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Zulkifli berkata universiti itu turut menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia di dalam pelbagai bidang termasuk perubatan dan kejuruteraan.
Beliau berkata tawaran itu adalah hasil dari pertemuannya dengan presiden universiti itu, Putera Mamdouh bin Saud bin Thunayan Al Saud bersempena lawatan kerjanya ke Arab Saudi.
"Kami ditawarkan untuk hantar pelajar bukan semata-mata dalam bidang agama dan syariah, tetapi dalam bidang kejuruteraan sains dan lain-lain.
"Insya-Allah saya ambil maklum perkara ini dan akan berbincang dengan pihak berkepentingan untuk hantar pelajar terbaik kita mendalami pelbagai ilmu di Kota Suci Munawwarah," katanya kepada media Malaysia selepas mengadakan kunjungan di universiti itu di sini Selasa.
Antara kelebihan biasiswa itu ialah setiap pelajar akan diberikan kemudahan seperti elaun bulanan, perumahan, insurans perubatan dan tiket penerbangan.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata tawaran itu mencerminkan hubungan erat di antara Malaysia dengan Arab Saudi dalam pelbagai peringkat termasuk pendidikan.
Beliau yang merupakan alumni universiti itu berkata selain itu, Univerisiti Islam Madinah juga berhasrat untuk mengadakan program pertukaran pelajar bersama universiti tempatan di Malaysia.
"Universiti ini telah melalui banyak fasa perubahan sehingga mampu meletakkannya di dalam kelompok terbaik dunia. Ketika ini, universiti ini bukan sahaja menawarkan buku-buku yang terkini, malah sistem pendidikan yang maju mengikut peredaran teknologi terkini," katanya.
Pada masa ini terdapat lebih 200 pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pendidikan tinggi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 14 2021
![Universiti Islam Madinah tawar biasiswa tanpa had kepada pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah tawar biasiswa tanpa had kepada pelajar Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618397657_MenteridiJabatanP.jpg)
Tawaran itu adalah hasil pertemuan Zukifli dengan presiden universiti itu, Putera Mamdouh bin Saud bin Thunayan Al Saud bersempena lawatan kerjanya ke Arab Saudi.
![Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721196548_NurFarahKartiniT.jpg)
Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit
Sebuah telefon bimbit dipercaya milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemukan dalam parit, berhampiran lokasi mayat mangsa ditemukan.
![Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719905942_AzalinaOthman.jpg)
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
![Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194556_rasuah.jpg)
Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah
Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang direman SPRM.
![TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721189949_tbTEKUNMADANI.jpg)
TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan
Sempena Karnival TEKUN Madani Peringkat Pulau Pinang, TikTok Shop Malaysia merekodkan kejayaan memberangsangkan hasil kerjasama dengan TEKUN Nasional dan berjaya menarik lebih dari 40,000 usahawan.
![Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721194929_tbSultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT
Tujuh penerima biasiswa berkenaan ialah bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD), manakala tujuh pada peringkat sarjana (penyelidikan).
AWANI Ringkas: Apa punca kematian Nur Farah Kartini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194847_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara hari ini.
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Senator tertinggi Amerika Syarikat Bob Menendez didapati bersalah ke atas semua 16 pertuduhan jenayah yang dihadapinya dalam perbicaraan rasuah yang mendapat liputan meluas di New York.
Mangsa maut di hotel Bangkok dipercayai diracun
Pihak berkuasa Thailand mengsyaki kematian enam warga asing yang didalam bilik hotel mewah di Bangkok kerana diracun.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
!['Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon 'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon
Maksud perkataan 'danger' yang dikatakan oleh Kim Pan-gon, dalam sidang media sebelum ini hanyalah satu salah faham.
![Makanan, destinasi pelancongan Malaysia dipromosi di Universiti Islam Madinah Makanan, destinasi pelancongan Malaysia dipromosi di Universiti Islam Madinah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715251444_langkawi.jpg)
Makanan, destinasi pelancongan Malaysia dipromosi di Universiti Islam Madinah
Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (Persada) cawangan Universiti Islam Madinah mengambil kesempatan mempromosikan budaya, makanan, destinasi pelancongan dan institusi pendidikan Malaysia.
![JAWI, MAIWP disyor hantar mualaf berkelayakan belajar ke universiti Timur Tengah JAWI, MAIWP disyor hantar mualaf berkelayakan belajar ke universiti Timur Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71594860787_DatukDrZulkifliM.jpg)
JAWI, MAIWP disyor hantar mualaf berkelayakan belajar ke universiti Timur Tengah
atuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sebagai contoh, jika peserta ini layak dan cukup syarat, beliau sendiri akan mencalonkan nama peserta berkenaan.
![Pelantikan Abdul Hadi sebagai Duta Khas perkukuh hubungan diplomatik - Tuan Ibrahim Pelantikan Abdul Hadi sebagai Duta Khas perkukuh hubungan diplomatik - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71583473492_PASHadiAwang.jpg)
Pelantikan Abdul Hadi sebagai Duta Khas perkukuh hubungan diplomatik - Tuan Ibrahim
Pelantikan itu juga berdasarkan latar belakang Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, khususnya dalam bidang syariah dan sains politik.