Universiti disaran jana pendapatan sendiri - Sultan Nazrin
Israr Khalid
Oktober 17, 2015 10:50 MYT
Oktober 17, 2015 10:50 MYT
Universiti disaran menjana pendapatan sendiri berbanding bergantung kepada peruntukan kerajaan sebagai dana pembiayaan pengurusan institusi.
Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sudah tiba masanya universiti memikirkan usaha mempelbagaikan sumber pendapatan secara agresif.
"Usaha menambah dan memperkukuhkan dana hendaklah dijadikan agenda utama dengan merekayasa semula tata cara pengurusan kewangan yang lebih mengutamakan komponen pelaburan dari sekadar pengawalan perbelanjaan," titah baginda ketika membuka Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2015, di sini hari ini.
"Universiti hendaklah memajukan aset-aset yang ada untuk dilabur atau dimajukan secara lebih produktif untuk memberikan dividen dan pulangan yang optimum," tambahnya.
BERITA LANJUT MENYUSUL