Undian: Wakil rakyat letak jawatan atas sebab politik

Astro Awani
Januari 28, 2014 03:53 MYT
Lee Chin Cheh - Foto Bernama
Semalam ADUN Kajang Lee Chin Cheh yang juga wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengumumkan perletakan jawatan beliau dari jawatannya. Kata Lee tujuan beliau meletakkan jawatan adalah "untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor".
Ia menimbulkan perbincangan hangat dimana ada yang berpendapat wakil rakyat seharusnya menumpukan kepada mutu perkhidmatan kepada rakyat berbanding kepentingan politik. Manakala ada pula yang berpendapat sebaliknya.
Setujukah anda dengan pendapat ini dan mengapa? Sertai undian Astro AWANI dan berkongsi pandangan.
#Anwar Ibrahim #Kajang #Lee Chin Cheh #pilihan raya kecil