UNDIAN: Wajarkah wang rakyat digunakan untuk kajian banteras ilmu sihir?
T K Letchumy Tamboo
Mac 14, 2015 08:07 MYT
Mac 14, 2015 08:07 MYT
Isu ilmu sihir mendapat perhatian baru-baru ini dengan berita apabila Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui Jawatankuasa Kajian Lanjutan Undang-Undang Ilmu Sihir menyediakan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memerangi penggunaan ilmu itu dalam kehidupan seharian.
Menurut Pengerusi jawatankuasa itu, Dr Mahyuddin Ismail, garis panduan itu melibatkan kajian dalam tempoh dua tahun bermula Februari 2013 hingga Februari 2015 melalui percambahan fikiran gabungan individu daripada pelbagai latar belakang seperti pengamal perubatan Islam, ahli agama, Hakim dan pakar psikiatri.
Menurutnya lagi, pelaksanaan itu turut mendapat geran Program Pemindahan Ilmu sebanyak RM189,000 daripada Kementerian Pendidikan.
Isu itu hangat dibualkan di laman media sosial termasuk pembaca Astro AWANI, di mana ada yang bersetuju dengannya dan ada yang kurang bersependapat dengannya.
Pembaca Wan MyClans berkata , ‘Elok la ada undang-undang untuk ilmu sihir ni’ manakala seorang lagi pembaca, Mohd Saleh Senin bertanya ‘kenapa nak percaya kepada sihir?’.
Namun demikian, persoalan yang kami ingin lontarkan adakah wajarkah wang rakyat digunakan sebagai geran untuk pelaksanaannya?