Menerusi satu kajian yang dikendalikan laman web pekerjaan Scoot.my, majoriti pencari kerja Generasi-Y (Gen-Y) pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan Malaysia.

Daripada 1,000 pencari kerja Gen-Y yang melibatkan diri dalam kajian itu, 76 peratus mempertimbangkan untuk tinggalkan negara berbanding 24 peratus yang berkata ‘Tidak’.

Scoot.my
Sumber: scoot.my

Daripada yang berkata ‘Ya’, 49 peratus berkata mereka mahu mendekati budaya baharu, manakala faktor lain adalah kerana gaji rendah (20 peratus), bosan dengan Malaysia (13 peratus), diskriminasi perkauman (4 peratus) dan lain-lain (15 peratus).

Scoot.my
Sumber: scoot.my

Daripada mereka yang berkata ‘Tidak’, majoriti berkata rakan dan keluarga merupakan antara faktor utama untuk mereka terus tinggal di Malaysia (44 peratus) manakala faktor lain adalah kerana sayangi Malaysia (41 peratus), faktor pasangan (11 peratus) dan kerana susah sangat (4 peratus).

scoot.my
Sumber: scoot.my

Kami di Astro AWANI ingin tahu jika anda kongsi sentimen ini.

Adakah anda akan terus berada di Malaysia atau pernah membuat pertimbangan untuk tinggalkan Malaysia?