[UNDIAN] Siapa pengganti Barack Obama?

Syafique Shuib
November 7, 2016 06:15 MYT
Calon parti Demokratik Hillary Clinton dan calon parti Republikan Donald Trump bakal berentap untuk jawatan penting itu.
PEMILIHAN Presiden Amerika Syarikat yang akan berlangsung pada Selasa (8 November) bukan sahaja akan diikut rapat oleh warga AS, namun ia akan menjadi tumpuan dunia.
Dua calon utama iaitu calon parti Demokratik Hillary Clinton dan calon parti Republikan Donald Trump bakal berentap untuk jawatan penting itu.
Media asing sebelum ini melaporkan, Trump telah ketinggalan di belakang Clinton dalam undian pendapat menjelang pilihan raya 8 Nov berikutan beberapa tuduhan daripada wanita yang pernah diraba atau dicium oleh Trump tanpa persetujuan mereka.
Trump menyifatkan semua tuduhan itu dakwaan yang "sama sekali palsu."
Clinton pula terlibat dengan skandal email, yang turut menjejaskan kempen beliau.
Namun, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) merumuskan ia tidak menemui sebarang bukti perlakuan jenayah dalam siasatan terbaru skandal email Clinton.
Satu hari sebelum pilihan raya AS, kongsi pendapat anda tentang siapa yang bakal menggantikan Barack Obama?

Siapa pengganti Barack Obama?

— Astro AWANI (@501Awani) November 7, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Amerika Syarikat Memilih #AS memilih #Donald Trump #Hillary Clinton #pilihan raya AS