UNDIAN: Perkahwinan di usia remaja, apa kata anda?

Astro Awani
Disember 17, 2014 11:50 MYT
Beri pendapat anda, adakah pasangan remaja bawah 19 tahun mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami, isteri, ibu atau bapa?
Gambar perkahwinan pengantin remaja, Muhd Muaz Mislan, 15, dan pasangannya Nur Izzati Amiera Ishak, 17, menjadi 'viral' dan tersebar secara meluas di laman sosial Facebook kebelakangan ini.
Muhd Muaz dan Nur Izzati dinikahkan pada 30 November lalu dan dilaporkan perkahwinan mereka mendapat persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Muhd Muaz menyaksikan pasangan tersebut dinikah dengan mas kahwin sebanyak RM22.50 oleh jurunikah.
Nur Izzati baru menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala Muhd Muaz sedang menunggu keputusan Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Difahamkan mengikut fasal 8, Enakmen 17 Undang-undang keluarga Islam Johor menyatakan pengantin lelaki mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun, manakala perempuan 16 tahun ke atas kecuali mendapat kebenaran bertulis hakim syarie.
Sertai undian Astro AWANI
#Berkahwin usia muda #poll #undian
;