Pengumuman oleh Google Malaysia bahawa hampir 90 peratus imej pemandangan yang didapati di sepanjang jalan-jalan semenanjung Malaysia boleh dilihat di laman peta Google Street View telah mengundang pelbagai reaksi di Facebook Astro AWANI.
Rata-ratanya berkata ia menjejaskan privasi kerana kediaman mereka boleh dilihat di laman dan aplikasi Google Maps.
“Membuka ruang untuk perompak datang merompak rumah,” tulis Nazron Amir Mohd Naser.
Sambung Ahmad Faidzal, “Memudahkan kerja perompak. Taip alamat jer, pilih rumah mana satu hendak rompak.”
Sham Sharif yang mencari kediaman keluarga menerusi Google Street View terperanjat kerana Arwah ayah beliau kelihatan di laman berkenaan.
“Baru lepas Google rumah di Ipoh. Terperanjat kami Nampak Arwah ayah yang sedang tutup gate masjid. Map itu diambil tahun lepas. Ayah meninggal pada Ogos tahun ini,” tulis beliau.
Pengguna Facebook Nik Soh Che Man teknologi ada baik dan buruknya.
“Kita perlulah berhati-hati dan belajar mengenalpasti langkah-langkah untuk mengelak daripada anasir jahat yang mungkin akan dilakukan dengan kemudahan teknologi tersebut,” tulisnya.
Pada majlis pengumuman perkembangan terkini Google Street View, Pengarah Urusan Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata imej dirakam di jalan raya awam dan mereka menitikberatkan isu privasi. Muka-muka orang awam dan plat kenderaan dikaburkan.
Pengguna boleh melaporkan jika mereka tidak senang dengan imej-imej yang dipaparkan di Google Street View.
Kongsi pendapat anda bersama kami tentang Google Street View.
Syafique Shuib
Wed Oct 01 2014

Imej Google Street View di kawasan Pudu, Kuala Lumpur. Gambar: Google Stree View/Google Maps

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Google Maps rungkai kes bunuh setahun lalu
Siasatan polis berdasarkan petunjuk Google Maps itu akhirnya menemukan mayat yang sudah mereput di sebuah tanah perkuburan, awal bulan lalu.

Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.

Arahan jalan kaki Google Maps kini papar kewujudan tangga
Arahan Selok-Belok Jalan Kaki Google Maps Kini Boleh Memaparkan Kewujudan Tangga

Jam Wear OS mula menyokong Google Maps secara luar talian
Ciri ini ditemui oleh 9to5Google melalui aplikasi Google Maps versi 11.140.0701.W pada Pixel Watch 2.

Google Maps menguji ciri carian AI generatif untuk mudah mencari destinasi baharu
Ia membawakan pengalaman SGE atau Search Generative Experience untuk pengguna mencari destinasi baharu pula.

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh tersenarai di Google Maps
Taman reakreasi ini berada dalam senarai antara taman popular di Malaysia berdasarkan data Google Maps dari 20 Februari tahun lalu hingga 21 Mac lalu.

Google Maps: Minta polis siasat pelaku tukar nama lokasi di Sabah - Bung Moktar
Bung Moktar mahu polis menyiasat pelaku yang menukar nama beberapa tempat di Sabah kepada Filipina dalam aplikasi peta Google Maps.

'Google Maps' bantu polis tangkap anggota mafia Itali
Seorang pelarian mafia Itali berjaya ditangkap oleh polis di Sepanyol, baru-baru ini selepas 20 tahun berada dalam pelarian selepas seorang detektif melihat kelibatnya di Peta Google atau Google Maps.

Alat navigasi tersilap, lelaki hampir nikahi wanita lain
Gara-gara tersilap menggunakan navigasi, seorang pengantin lelaki bersama rombongan tersilap hadir di rumah pengantin wanita lain.

COVID-19: Peratusan pemanduan menurun, Waze bertindak balas menerusi 'komuniti sukarelawan'
Waze berkata data menunjukkan bahawa di seluruh dunia, kebanyakan negara telah mengurangkan pemanduan secara mendadak.