Undian online, bagaimanakah rakyat M'sia dapat meningkatkan keupayaan inovasi?

Astro Awani
September 19, 2013 08:00 MYT
Malaysia menduduki tangga ke-32 dalam Indeks Inovasi Global yang menyenaraikan 142 negara. Negara-negara Asia yang lain yang berjaya mengatasi Malaysia adalah Hong Kong (tangga ke-7), Singapura (8), Korea Selatan (18) dan Jepun (22).
Walaupun ada yang beranggapan bahawa inovasi memerlukan sesuatu rekaan yang canggih, namun bagi Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak yang merupakan pemenang Anugerah Inovasi Sektor Awam 2013, mereka menggunakan kaedah sedia ada untuk mencipta aplikasi one-stop centre bagi pelanggan mereka.
Pegawai Daerah Hilir Perak Shahril Datuk Ismail yang meminati bidang teknologi maklumat mencipta aplikasi Internal One Stop Centre 2010 atau lebih dikenali sebagai i10.
“Idea untuk memperkenalkan i10 ini bermula dari minat pemohon tanah untuk mengetahui di peringkat mana permohonan mereka berada. Apabila kita masuk untuk memohon tanah, kita harus pergi ke pelukis pelan untuk mengetahui status tanah dan bila kita tengok pada status tanah, kita akan tahu jika tanah itu kepunyaaan orang, tanah kerajaan atau tanah reserve.
“Jikalau ia adalah tanah kerajaan yang masih boleh diberi milik, baru fail akan dibuka diikuti dengan langkah-langkah yang lain. Jadi kita cipta satu kaedah untuk semak kedudukan tanah dengan komputer dan diikuti dengan telefon pintar," kata beliau.
Tidak memerlukan kaedah yang begitu canggih, aplikasi ini pada mulanya menggunakan elemen-elemen yang sedia ada dan percuma seperti kaedah blogging dan Google Docs.
Klik video dimana Shahril berkongsi tentang ciptaan aplikasi i10 dalam program Agenda AWANI:
#Indeks Inovasi Global #inovasi
;