[UNDIAN] Mahukah anak muda Malaysia bekerja dalam sektor '3D'?

Astro Awani
Februari 14, 2016 19:22 MYT
Secara realitinya, adakah anak muda ingin bekerja dalam sektor yang dianggap sebagai kotor, sukar dan bahaya?
Apabila kerajaan mengumumkan rancangan untuk membawa masuk lagi 1.5 juta warga Bangladesh ke Malaysia untuk bekerja pada Jun lalu, sambutan yang diterima daripada pelbagai pihak boleh dikatakan kurang memuaskan.
Ramai berpendapat peluang pekerjaan yang diberikan kepada warga asing sepatutnya diberikan kepada warga tempatan, khususnya golongan anak muda yang masih mencari pekerjaan.
Namun secara realitinya, mahukah anak muda Malaysia bekerja dalam sektor '3D' – dirty, difficult and dangerous (kotor, sukar dan bahaya), seperti dicabar oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini?
Apakah pendapat anda?
Sementara itu, jikalau anda antara mereka yang terlibat dalam sektor '3D' ini, sila hubungi kami menerusi Private Message di Facebook Astro AWANI.
Kami ingin memberi peluang untuk anda berkongsi pengalaman anda sendiri.
#kerja sektor 3D #pekerja asing di Malaysia #pekerja Bangladesh di Malaysia #tolak kemasukan pekerja Bangladesh #Zahid Hamidi cabar anak muda Malaysia
;