Undian KPN Semarak Uniti: Kahwin campur antara acuan erat perpaduan kaum
Ehsan A Marisah
Oktober 19, 2022 20:12 MYT
Oktober 19, 2022 20:12 MYT
MALAYSIA merupakan sebuah negara yang unik kerana memiliki pelbagai bangsa, budaya dan agama.
Kepelbagaian ini sejak sekian lama telah menjadi kekuatan dan tunjang kepada perpaduan dalam kalangan rakyat.
Ia juga telah menyaksikan banyak perkahwinan campur antara kaum atau etnik yang berlaku, malah tidak menjadi perkara pelik di negara ini.
Justeru, untuk mengetahui sama ada sama ada anda mempunyai darah campuran hasil perkahwinan campur, satu undian telah dijalankan selama 24 jam di Twitter Astro AWANI pada 14 Oktober lalu.
Sebanyak 31.7 peratus menyatakan mempunyai darah campuran Melayu-Cina; 9.1 peratus campuran Melayu-India dan tiga peratus campuran Cina-India (Chindian).
Menerusi undian berkenaan juga, dapat disimpulkan bahawa perkahwinan campur adalah antara acuan yang membentuk kepelbagaian kaum di negara ini.
Ia juga menjadi antara faktor yang membentuk masyarakat saling bertoleransi, mengenali budaya dan pantang larang, serta menerima perbezaan masing-masing.
Mereka yang berdarah campuran ini juga dikatakan lebih berfikiran terbuka dan berpengetahuan luas terutama dalam soal budaya, adat dan makanan.
Sementara itu, satu lagi undian turut dijalankan bagi mengetahui lokasi yang sering menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Manakala, 27.6 peratus sering melihat kepelbagaian kaum ketika berkumpul di sekolah/kolej; 25.9 peratus di stadium dan 7.3 peratus lagi dalam majlis perkahwinan.
Selepas 65 tahun mengecapi kemerdekaan dan 59 tahun berada dalam sebuah keluarga besar Malaysia, kepelbagaian yang ada ini haruslah terus diurus dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Ia juga perlu diraikan agar masyarakat dapat terus hidup bersatu padu dan muhibah.
Di samping itu, keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni di negara ini juga telah menjadi antara tarikan para pelancong untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia.
Tidak perlu dinafikan, inilah sumbangan besar penubuhan Malaysia yang telah dikenali di seluruh dunia.