Undian KPN Semarak Uniti: Hampir 70 peratus kata boleh bertutur lebih daripada dua bahasa

Ehsan A Marisah
September 19, 2022 18:01 MYT
Berbeza bahasa ibunda tidak seharusnya menjadi tembok yang memisahkan jati diri dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. - Gambar hiasan/ Bernama
BAHASA ialah sistem tanda bunyi yang digunakan untuk menyampaikan isi hati, pemikiran, idea dan pelbagai mesej sebagai medium komunikasi antara manusia.
Di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris ialah bahasa kedua, namun sejauh manakah rakyat di negara ini fasih menguasai kedua-dua bahasa tersebut?
Adakah mereka juga fasih menguasai bahasa lain?
Justeru, untuk mendapatkan pandangan orang ramai, satu undian di Twitter dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerusi program KPN Semarak Uniti diadakan bagi melihat tahap penguasaan mereka.
Berdasarkan keputusan undian yang dijalankan selama sehari menunjukkan 68.6 peratus responden mengatakan ‘ya’ kepada persoalan diajukan manakala 21.1 peratus menyatakan ‘tidak’ dan 10.4 peratus pula menyatakan ‘Saya hanya tahu BM saja’.

Siapa boleh bertutur lebih daripada dua bahasa (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)? Apa lagi bahasa yang anda fasih?#KPNSemarakUniti

— Astro AWANI (@501Awani) September 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, ada sesetengah juga menyatakan bahawa mereka mampu menguasai bahasa asing, iaitu bahasa yang tidak diguna oleh individu atau sesebuah negara itu, termasuk dialek selain bahasa Melayu dan Inggeris.

Bahasa Tamil Dan Bahasa Malayalam

— Vic (@vickneshkumarr) September 16, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bahasa melanau (5 dialek berbeza dr daerah lain2)

— mR.AmZAR (@MuaazRani) September 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bahasa melayu bahasa Inggeris bahasa Turki bahasa Kyrgyz bahasa Rusia sy boleh cakap

— (@IsaAhma33553369) September 18, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Iso Jowo sitik-sitik, thoda-thoda hindi, un poco español, un petite français, muito pouco português. Boleh lah sikit-sikit. https://t.co/AwUFAsjdOa

— kataisrarkhalid (@kataisrarkhalid) September 16, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malaysia ialah sebuah negara berbilang bahasa. Di Semenanjung Malaysia bahasa yang utama ialah bahasa Melayu, bahasa Cina (Kantonis, Hokien, Hakka dan sebagainya), Tamil dan Inggeris.
Di Sabah dan Sarawak pula ialah bahasa Melayu Sarawak, Iban, Melanau, Dusun, Kadazan, Murut, Bajau dan sebagainya.
Terdapat juga bahasa orang Asli seperti Temuan, Mah Meri, Semai, Temiar, Jakun dan sebagainya.
Ada juga dialek daerah yang lahir daripada percakapan sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan khas bagi daerah itu, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.
Antara ciri yang menjadikan satu bahasa daerah atau dialek berbeza daripada yang lain termasuklah kepelatan bunyi sebutan, gaya lagu sewaktu menuturkannya dan perbezaan dari segi perkataan dan ungkapan tertentu.
Meskipun setiap bahasa dan dialek ini mempunyai berbagai-bagai kelainan, namun ia terus menjadi antara teras memperkukuh perpaduan kaum di negara ini.
Berbeza bahasa ibunda tidak seharusnya menjadi tembok yang memisahkan jati diri dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Ia terbukti apabila ada antara kita yang memilih untuk mempelajari bahasa selain daripada bahasa ibunda masing-masing.
Selain itu, di peringkat universiti juga, banyak kursus-kursus bahasa ditawarkan untuk menggalakkan para pelajar menguasai lebih daripada satu bahasa.
Jelas sekali, kepelbagaian bahasa membuatkan negara kita menyerlah, dan tidak dinafikan setiap daripada kita pasti sekurang-kurangnya tahu perkataan atau frasa daripada bahasa bangsa yang berbeza.
Ia juga sebenarnya telah memperkasakan kemahiran berkomunikasi dan boleh memahami dengan lebih mendalam apa maksud dan penggunaan sesuatu perkataan dengan lebih baik.
Ini secara tidak langsung mampu meninggalkan pelbagai respons positif serta daya tarikan kepada para pelancong dan orang awam akan masyarakat di negara ini yang mampu menguasai lebih daripada satu bahasa.
#kementerian perpaduan negara #KPN #Semarak Uniti #bahasa
;