Undian: Berapa jumlah subsidi pemilikan rumah yang memadai?

Astro Awani
Februari 13, 2014 17:19 MYT
Kerajaan menawarkan subsidi maksima RM30,000 bagi membeli rumah kos rendah kepada individu berpendapatan RM3,000 ke bawah menerusi program MyHome yang akan dilancarkan 1 April ini.
Antara syarat yang digariskan ialah pembelian rumah ini merupakan pembelian rumah pertama dan tidak boleh dijual selama 10 tahun.
Sebelum ini, kerajaan telah melancarkan pendaftaran atas talian Program Rumah Pertama Rakyat 1Malaysia (R1R1M) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada Februari tahun lalu.
Astro AWANI ingin mengetahui, berapakah jumlah subsidi dan bantuan pemilikan rumah oleh Kerajaan yang anda rasakan memadai? Sertai undian di bawah.
#MyHome #program rumah pertama #rumah kos rendah #subsidi kerajaan
;