UNDIAN: Berapa jumlah air yang cukup?

Astro Awani
Februari 24, 2014 18:18 MYT
Hari ini, kerajaan negeri Selangor mengumumkan bakal melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai esok.
Ia dilakukan bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Feb lepas.
Beberapa hari lalu, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah diarah untuk mengaktifkan pelan kecemasan dan pengagihan air berjadual kepada pengguna terjejas.
Persoalan yang ingin Astro AWANI tanyakan kepada anda ialah berapakah jumlah minima air untuk sehari yang anda perlukan pada waktu darurat? Berikan pendapat anda di dalam undian berikut.
#catuan air #heatwave #krisis air #Selangor
;