Undian: Apakah jenis peranti yang anda gunakan untuk bekerja/ melayari internet?

Astro Awani
Mac 7, 2014 09:42 MYT
Penggunaan komputer peribadi (PC), termasuk komputer meja & riba semakin berkurangan tahun demi tahun selepas pengenalan tablet & telefon pintar.
Agensi pemasaran terkemuka, IDC melaporkan penjualan tablet akan mengatasi penjualan PC pada 2015.
IDC menjangkakan penjualan tablet akan mencecah lebih 300 juta unit berbanding PC sebanyak 293 juta unit.
Agensi itu turut meramalkan 383.8 juta unit tablet akan dijual menjelang 2018 selain menyaksikan penurunan penjualan PC kepada 291.7 juta pada tahun yang sama.
Tahun lepas, tablet dan telefon pintar digunakan secara meluas untuk melayari internet berbanding PC.
#komputer #Komputer Riba #laptop #PC #tablet #telefon pintar