[UNDIAN] Anda setuju dengan cadangan litar tertutup untuk pelumba motosikal?

Astro Awani
Februari 24, 2016 09:20 MYT
Kerajaan akan berbincang untuk mewujudkan program khas membolehkan penunggang motosikal tegar atau 'mat motor' berlumba secara sah.
Gejala rempit boleh mendatangkan masalah kepada ketenteraman awam, khususnya pengguna jalan raya lain.
Namun, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tenku Mansor mengekutkan ramai pihak dengan cadangan untuk penutup jalan raya agar penunggang motosikal tegar atau ‘mat motor’ boleh berlumba secara sah di jalan raya.
Katanya, 'mat motor' tidak akan terlibat lagi dengan gejala lumba haram yang melibatkan perjudian dan bermacam gejala tidak sihat yang lain, pada masa sama mewujudkan suasana tidak senang dalam kalangan penduduk berhampiran.
Adakah anda setuju dengan cadangan ini?
#berlumba secara sah #gejala lumba haram #mat motor #program khas berlumba #Tengku Adnan Tengku Mansor
;