Susulan kemalangan di tapak pembinaan yang meragut tiga nyawa, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid pada Selasa mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp.

Azhar dalam satu kenyataan rasmi berkata ia adalah selari dengan pendirian MRT Corp yang memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian tiga pekerjanya.

"Sebagai ketua MRT Corp, saya mengambil tanggungjawab peribadi dan ini adalah perkara yang seharusnya dilakukan. Saya telah memaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengenai keputusan saya itu," katanya.

Azhar telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp pada 1 September 2011.

KLIK PROFIL PENUH BEKAS CEO MRT CORP

Adakah tindakan perletakan jawatan oleh beliau itu dilihat sebagai satu tindakan yang wajar? Sertai undian dan berkongsi pandangan bersama Astro AWANI.