UNDIAN: Adakah media sosial platform terbaik untuk mencari jodoh?

Astro Awani
Ogos 18, 2015 21:06 MYT
UNDIAN: Adakah media sosial platform terbaik untuk mencari jodoh?
Dalam era teknologi maklumat, mencari kenalan tidak lagi sukar… namun bagaimana pula dengan usaha mencari jodoh?
Dalam laporan khas Astro AWANI pada Isnin, Zainuddin Md Jaffar, seorang pengurus agensi mencari jodoh, langsung tidak menggunakan internet.
"Dalam internet, dia banyak kisah yang berisiko penipuan dalam soal cari pasangan hidup.
"Kalau barang boleh kita jual dalam internet, tetapi ini hati dan perasaan kita, jadi pihak agensi akan buat tapisan sebelum pasangan berjumpa terus,” katanya kepada Astro AWANI.
Jelas Zainuddin, pelbagai tapisan terpaksa dilakukan bagi memastikan pasangan yang ingin dipadankan itu bersesuaian seperti tahap pendidikan, jumlah wang simpanan, hinggalah tahap kesihatan seksual seseorang yang ingin mendaftar mencari jodoh.
Namun dalam era internet, media sosial mempunyai kuasa pengaruh yang tersendiri dan boleh menjadi platform kepada mereka yang ingin mencari jodoh.
Adakah media sosial platform yang sesuai untuk mencari jodoh? Kongsi pendapat anda bersama kami.
#agensi mencari jodoh #media sosial #mencari jodoh #Zainuddin Md Jaffar
;