UNDIAN: Adakah anda setuju kawasan larangan merokok diperluaskan?

Astro Awani
Jun 24, 2015 09:40 MYT
Kementerian Kesihatan akan mengurangkan tempat yang dibenarkan merokok dalam usahanya untuk mengawal sikap tersebut.
Kementerian Kesihatan akan mengurangkan tempat yang dibenarkan merokok dalam usahanya untuk mengawal sikap tersebut.
Antara cadangan zon larangan merokok adalah di beberapa kawasan seperti gerai dan kedai makan, restoran yang tidak mempunyai pendingin hawa, taman negara serta taman awam.
Cadangan itu selaras dengan status Malaysia yang telah menandatangani perjanjian Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu bertanggungjawab melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok.
Kongsi pendapat anda bersama kami. Adakah anda setuju kawasan larangan merokok diperluaskan?
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia #rokok #WHO #zon larangan merokok