[UNDIAN] Adakah anda sedar bahaya memaparkan foto anak-anak anda di media sosial?

Astro Awani
Jun 25, 2015 10:25 MYT
Paparan skrin yang memaparkan keluhan pengacara terkenal Harith Iskander berkenaan foto anak sulungnya yang disebarkan di laman web lucah. - Foto Facebook Harith Iskander
Berkongsi kebahagian dan detik kegembiraan bersama keluarga dengan memuat naik gambar di laman media sosial kini menjadi kebiasaan masyarakat. Malah, ia boleh dikatakan antara perkara yang menjadi kemestian susulan gaya hidup zaman sekarang.
Keluar bercuti? Keluar makan? Sambut hari jadi? Semuanya akan dikongsi di media sosial oleh setiap individu namun persoalannya adakah perkara tersebut membawa kebaikan atau keburukan?
Semalam, selebriti terkenal tanah air, Harith Iskander terkejut apabila melihat foto anaknya dimuat naik di sebuah laman web lucah.
Perkara itu pastinya mengejutkan masyarakat terutamanya yang bergelar ibu bapa.
Ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu, pelawak terkenal itu meluahkan rasa jijik kerana gambar anak sulungnya yang berusia tiga tahun dimuat naik di sebuah laman web lucah, baru-baru ini.
Harith menyedari perkara tersebut pagi Rabu ketika mendapat notifikasi ‘Google Alert’ menerusi emel pada Rabu.
"Hati siapa yang tidak retak apabila melihat gambar anak sendiri disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggunjawab."
“Menerusi notifikasi emel tersebut, ada artikel bertajuk macam ‘Gambar terbaru anak Harith Iskander’.
"Saya tidak dapat lihat laman web berkenaan menerusi telefon pintar jadi saya menggunakan komputer riba untuk melihat laman web berkenaan.
“Ternyata ia merupakan laman lucah oleh kerana ia mempunyai beberapa perkataan seperti ‘porn’ dan ‘seks’. Laman web itu juga dalam Bahasa Malaysia.
“Memang ada gambar saya mendukung anak lelaki saya. Di sebelah gambar bayi itu adalah gambar wanita bogel.
Beliau turut menyedari bahawa laman web berkenaan turut mengandungi gambar anak penyanyi dan pelakon, Erra Fazira dan penyanyi, Tomok.
Bagaimanapun, Harith Iskander telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya pada 10 pagi ini.
Setelah tersebarnya itu menjijikan ini, adakah anda sedar akan bahayanya memaparkan foto-foto anak anda di media sosial? Astro AWANI mahukan pandangan anda.
#Gambar #Harith Iskandar #media sosial #poll
;