Undian: Adakah anda akan membeli kenderaan elektrik?

Astro Awani
Februari 6, 2014 18:04 MYT
Pada bulan Januari, kerajaan mengumumkan Dasar Automotif Negara (DAN) 2014 yang menyasarkan industri automotif Malaysia ke arah hab kenderaan cekap tenaga (EEV) serantau.
Kerajaan di dalam dasar itu turut memperuntukkan sebanyak RM2 bilion sebagai pinjaman mudah untuk pemain industri mewujudkan hab EEV di Malaysia.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, industri automotif merupakan satu komponen penting dalam ekonomi negara.
Pengecualian duti eksais dan cukai import untuk kenderaan hibrid dan elektrik (EV) yang kini masih ada dalam pasaran akan dilanjutkan sehingga stok habis.
Sebagai pengguna, adakah anda akan membeli kereta elektrik?
#Dasar Automotif Negara #Kenderaan Cekap Tenaga #kenderaan elektrik
;