UNDIAN: #2kerja sebagai azam tahun baharu?
Astro Awani
Disember 28, 2015 09:46 MYT
Disember 28, 2015 09:46 MYT
BEBERAPA hari kebelakangan, isu #2kerja menjadi topik perbincangan ramai.
Ekoran kenaikan kos sara hidup, ramai yang mengeluh apabila masa bersama keluarga terpaksa dikorbankan demi kelangsungan hidup.
Dua hari lepas, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan pula mengeluarkan pendapat yang melihat melakukan #2kerja bukan isu besar, malah ia menjadi amalan rakyat di banyak negara lain.
Ia bagaimanapun menerima reaksi negatif daripada orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan pendapatnya.
Sempena tahun baharu yang bakal menjelang, adakah anda akan menjadikan #2kerja sebagai azam tahun baharu?
Sertai undian kami.