KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Undi18 perlu seiring dengan pendidikan mengenai sistem politik dan amalan demokrasi di negara ini khususnya kepada generasi muda, kata pemimpin pertubuhan bukan kerajaan berkaitan belia.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Johar berkata walaupun MBM gembira dengan komitmen kerajaan hari ini untuk melaksanakan Undi18, namun pada masa sama generasi muda perlu dididik bagaimana untuk menggunakan hak mengundi itu sebaik-baiknya.
"Dalam menyambut baik perlaksanaan ini, kita harus ingat ia bukan sahaja hak, tetapi merupakan satu tanggungjawab.
"Generasi muda harus dididik untuk memilih pemimpin yang betul dan beretika dan bukan sekadar mengikut rakan dan emosi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagi MBM Jufitri berkata pihaknya telah mengambil inisiatif melaksanakan Sekolah Politik 2.0 secara maya, dalam membantu memberi pendedahan kepada belia mengenai sistem politik negara dan usaha berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada belia pelbagai kaum.
"Dengan penyertaan yang memberansangkan ini, ia membuktikan generasi muda amat berminat untuk menjalankan hak mereka sebagai pengundi," katanya.
Beliau berkata tanggungjawab memberikan maklumat secukupnya kepada generasi muda sebelum mereka menterjemahkan aspirasi mereka pada kertas undi secara bijaksana, adalah tanggungjawab semua pihak.
Sementara itu, Jufitri yakin Undi18 berkenaan mampu dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), berasaskan kesungguhan usaha transformasi Parlimen yang diwar-warkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Mohd Alif Anas Md Noor pula berkata pendidikan sistem politik dan kenegaraan sepatutnya dimasukan dalam sukatan mata pelajaran peringkat sekolah, dan diberikan seawal usia 16 tahun.
Beliau berkata ia bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada generasi muda mengenai peranan mereka, tentang pentingnya amalan sistem demokrasi di negara ini dipelihara dan dilaksanakan sebaik-baiknya.
"Guru-guru harus bersikap natural dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam memberi pendidikan ini secara menyeluruh. Ia juga perlu dijadikan sebagai sukatan mata pelajaran bagi mengelakkan guru dan pelajar daripada dimanipulasi oleh mana-mana pihak," katanya.
Selain itu Mohd Alif Anas juga mencadangkan kelayakan untuk menjadi calon pilihan raya pada umur 18 tahun, diselarikan dengan pelaksanaan Undi18.
Beliau berkata sekiranya semua pihak seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan perundangan berkerjasama dan berganding bahu mencari titik persefahaman, GPMS yakin Undi18 ini mampu dijalankan pada PRU 15 nanti.
Dalam pada itu, Mohd Alif Anas berkata SPR perlu mencari mekanisme terbaik untuk menjalankan pilihan raya dalam fasa pandemik.
"Kita faham kestabilan politik adalah kunci kepada sebuah kerajaan yang cekap. Oleh itu, kita perlu sedar pilihan raya perlu diadakan jika sampai pada waktunya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 12 2021
Pendidikan sistem politik dan kenegaraan sepatutnya dimasukan dalam sukatan mata pelajaran peringkat sekolah. - Gambar hiasan
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
PRN: 'Saya dah cukup umur undi'
Mohd Aiman yang bertubuh kecil mencuri tumpuan ketika berbaris menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus.
Hentikan sokongan melalui SD, tambah baik keadilan jenayah babit VIP - Undi18
Hentikan sistem sokongan berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) dan menambahbaik keadilan jenayah yang melibatkan individu berprofil tinggi.
Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli
KBS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia.
Daftar pemilih tambahan September dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2022 (DPT BLN9/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 31 Dis.
Undi18: Pengundi kali pertama perlu bimbingan - ABIM
Kumpulan belia Undi18 adalah anak muda yang baharu hendak mengenal dunia politik dan sewajarnya mereka diberi bimbingan serta maklumat tepat.
PRU15: Libatkan NGO dan masyarakat dalam proses pemilihan calon - Fauzi Fadzil
Penglibatan langsung Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat perlu menjadi keutamaan dalam proses pemilihan calon parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
PRU15: Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - Undi18
Mereka lebih cenderung memilih calon yang mengangkat isu nasional memandangkan ramai yang tidak tinggal di kawasan mereka mengundi.
PRU15: Belia titikberatkan isu kestabilan politik, ekonomi dan kos sara hidup
Kerajaan seterusnya perlu meningkatkan usaha untuk memastikan peranan belia, kata Presiden Persatuan Pemimpin Muda UM, Lim San Shein
PRU15: Pengundi baharu mahu pemimpin bebas rasuah, selami hati rakyat
Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu ditadbir oleh pemimpin yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab bagi membentuk sebuah negara yang dipandang tinggi di mata dunia.
Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi
Pemilih berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diseru keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.