Lebih dua juta maklumat pengundi baharu berjaya disusun secara manual oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) setakat ini.
Ia dijangka dapat membantu melancarkan proses pendaftaran pengundi baharu selepas pelaksanaan Undi 18 yang dijangka sekitar pertengahan tahun hadapan.
"Apabila seorang pengundi mendaftar sebagai pemilih, kita perlu lihat lokalitinya yang akan menentukan di mana dia akan mengundi.
"Buat masa ini, sistem belum ada dan undang-undang pun belum dilaksanakan tetapi pihak sekretariat sudah buat (penyusunan) secara manual dan telah berjaya selesaikan lebih dua juta orang pengundi yang kita jangka bakal jadi pengundi baharu," kata Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun.
Azhar memaklumkan, tender bagi sistem pendaftaran automatik bagi pengundi baharu tersebut sudah diberikan kepada pembida yang layak, namun menyatakan beliau tidak mengetahui siapakah pihak terbabit.
Bagi tahun 2020, SPR merancang melaksanakan pendidikan pengundi atau voters education kepada pelajar tingkatan empat membabitkan 240 buah sekolah di seluruh negara.
"Kami sudah adakan percubaan di sekolah tahun lalu dan ia diterima baik. Selepas itu banyak sekolah hubungi kami untuk datang kepada mereka.
"Modulnya sudah siap dan kami akan umumkan kepada orang ramai, supaya tidak ada yang menuduh kami cuba mempengaruhi pelajar. Kami tidak akan pengaruh sesiapa, kami cuma mahu mendidik," jelas Azhar.
Menyentuh tentang e-voting, Azhar berkata SPR masih meneliti perkara tersebut dan perlu mengambil kira pendapat daripada pihak yang lebih bertauliah.
"Saya sangat bimbang tentang keselamatan dan bagaimana nak memuaskan hati pengundi. Katalah dia undi A, dia boleh yakin A yang akan masuk dalam sistem.
"Kami juga bimbang dengan penggodam. Walaupun ada cadangan untuk block chain tetapi ada juga pihak yang menentang block chain ini. Jadi kita perlu teliti betul-betul," tambahnya.
Beliau ditemui selepas menerima kunjungan hormat delegasi Jawatankuasa Pilihan Khas Pilihan Raya (JKPK Pilihan Raya) dan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam (JKPK JUPA) di sini, pada Rabu.
Antara yang menyertai pertemuan itu ialah Pengerusi JKPK Pilihanraya, Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi JKPK JUPA, William Leong serta sembilan Ahli Dewan Rakyat, diketuai Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah.
Madiha Abdullah
Wed Jan 22 2020
![Undi 18: 2 juta maklumat pengundi baharu berjaya disusun secara manual Undi 18: 2 juta maklumat pengundi baharu berjaya disusun secara manual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71575432672_TBSPR.jpg)
Penyusunan secara manual itu akan memudahkan pendaftaran pengundi apabila Undi18 dilaksanakan. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
![TPM, menteri ucap Selamat Hari Sarawak TPM, menteri ucap Selamat Hari Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721623437_HariSarawak.jpg)
TPM, menteri ucap Selamat Hari Sarawak
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Persekutuan antara yang mengucapkan Selamat Hari Sarawak yang disambut hari ini.
![Tiada perbincangan kerjasama UMNO - Pas dalam PRU16 - Asyraf Wajdi Tiada perbincangan kerjasama UMNO - Pas dalam PRU16 - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721625292_tbAsyrafWajdi.jpg)
Tiada perbincangan kerjasama UMNO - Pas dalam PRU16 - Asyraf Wajdi
Tidak wujud sebarang perbincangan antara kepimpinan UMNO dan Pas bagi membentuk kerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
![Kematian Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM esok Kematian Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715840624_Zulfarhan.jpg)
Kematian Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM esok
Keputusan itu dijangka diumumkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin pada 9 pagi.
Israel adalah 'monster', tiada lagi perikemanusiaan - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata adalah menjadi tugas Malaysia untuk terus menuntut dan menekan masyarakat antarabangsa dalam usaha menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Palestin.
![Pengunduran Biden dijangka dominasi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar EU Pengunduran Biden dijangka dominasi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar EU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721604321_tbJoeBiden.jpg)
Pengunduran Biden dijangka dominasi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar EU
Mesyuarat pada Isnin dijadual membincangkan konflik berterusan di Ukraine dan Asia Barat, tetapi keputusan bersejarah Biden dijangka mengalih perhatian daripada agenda utama itu.
![Mangsa kedua hilang di Pantai Batu Layar ditemukan lemas Mangsa kedua hilang di Pantai Batu Layar ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721624623_MayatKedua.jpg)
Mangsa kedua hilang di Pantai Batu Layar ditemukan lemas
Seorang lagi lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Batu Layar di Kota Tinggi semalam, ditemukan lemas pagi tadi.
![Labu sayong miliki peminat tersendiri, proses pembuatan perlu terus diwarisi Labu sayong miliki peminat tersendiri, proses pembuatan perlu terus diwarisi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721622792_tblabusayong.jpg)
Labu sayong miliki peminat tersendiri, proses pembuatan perlu terus diwarisi
Peredaran masa menyaksikan tanah liat sayong kini tidak lagi hanya dijadikan labu sayong, sebaliknya telah diinovasi menjadi pelbagai produk lain.
AWANI Ringkas: Reman suspek kes bunuh Nur Farah Kartini dilanjutkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buletin AWANI Khas: Pemilihan dan Majlis Angkat Sumpah YDP Dewan Negara
Reaksi pemimpin dunia terhadap pengunduran Biden
Berikut adalah beberapa reaksi daripada pemimpin dan pegawai asing terhadap keputusan Presiden A.S. Joe Biden untuk menamatkan kempennya untuk pemilihan semula pada November.
![Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640184539_AzharAzizanHarun.jpg)
Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar
Tempoh 21 hari itu bermula apabila Speker menerima notis berhubung pengguguran keahlian parti terhadap mana-mana Ahli Parlimen.
![Johari Abdul dari kerusi Parlimen ke Speaker Johari Abdul dari kerusi Parlimen ke Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671431497_JohariAbdul.jpg)
Johari Abdul dari kerusi Parlimen ke Speaker
Johari bukan sahaja berpengalaman dalam bidang politik tetapi juga mahir dalam selok-belok pentadbiran kerajaan.
![Wan Junaidi nafi isi jawatan Speaker Dewan Rakyat Wan Junaidi nafi isi jawatan Speaker Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664889700_TBWANJUNAIDI.jpg)
Wan Junaidi nafi isi jawatan Speaker Dewan Rakyat
Wan Junaidi menafikan dirinya akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.
![Azhar sah kosongkan kerusi Speaker Azhar sah kosongkan kerusi Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648125788_YangDipertuaDewan.jpg)
Azhar sah kosongkan kerusi Speaker
Setiausaha Dewan Rakyat akan terlebih dahulu memanggil Ahli Parlimen untuk bersidang sebelum proses pemilihan Speaker baharu dibuat.
![PRU15: Ketua parti diminta serah SD sokong calon Perdana Menteri - Azhar PRU15: Ketua parti diminta serah SD sokong calon Perdana Menteri - Azhar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623910114_TBAzharAzizanHarun.jpg)
PRU15: Ketua parti diminta serah SD sokong calon Perdana Menteri - Azhar
Dokumen tersebut perlu diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya esok (21 November) sebelum pukul 2 petang.
![Saya pernah dipanggil 'barua', tapi saya tak ambil secara peribadi - Azhar Harun Saya pernah dipanggil 'barua', tapi saya tak ambil secara peribadi - Azhar Harun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666023402_AzharAzizanHarun.jpg)
Saya pernah dipanggil 'barua', tapi saya tak ambil secara peribadi - Azhar Harun
Pengalaman tiga dekad sebagai peguam memudahkan beliau menggalas tugas sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
![Azhar tidak hasrat tanding PRU15 Azhar tidak hasrat tanding PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665405156_AzharAzizanHarun.jpg)
Azhar tidak hasrat tanding PRU15
Penyandang Speaker Dewan Rakyat menegaskan, tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik.
![Persidangan Dewan Rakyat batal selaras pembubaran parlimen - Azhar Azizan Persidangan Dewan Rakyat batal selaras pembubaran parlimen - Azhar Azizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659446230_TBAZHARPARLIMENjp.jpg)
Persidangan Dewan Rakyat batal selaras pembubaran parlimen - Azhar Azizan
Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang sebelum ini dijadual bersidang selama 32 hari, dibatalkan selaras dengan pembubaran Parlimen.
![Speaker Parlimen Turkiye lakukan kunjungan hormat ke Parlimen Speaker Parlimen Turkiye lakukan kunjungan hormat ke Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664880671_TBAZHARAZIZANKL.jpg)
Speaker Parlimen Turkiye lakukan kunjungan hormat ke Parlimen
Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun.
![Laporan Parlimen perlu lebih adil, tepat, elak disensasi - Azhar Azizan Laporan Parlimen perlu lebih adil, tepat, elak disensasi - Azhar Azizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639645398_TBAzharAzizanHarun.jpg)
Laporan Parlimen perlu lebih adil, tepat, elak disensasi - Azhar Azizan
Media perlu lebih memahami peraturan dan perjalanan persidangan Parlimen bagi membolehkan laporan dibuat secara lebih menyeluruh sekali gus menyampaikan mesej yang tepat kepada masyarakat.