Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN

Sinar Harian
Julai 13, 2024 14:14 MYT
Razarudin berkata, pada masa ini PDRM bergantung kepada undang-undang sedia ada untuk menangani kes buli siber. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan.

Ringkasan AI
  • Undang-Undang Lebih Terperinci: PDRM memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan. Saat ini, mereka bergantung kepada undang-undang sedia ada untuk menangani kes buli siber.
  • Siasatan di Bawah Kanun Keseksaan: Bagi kes buli siber yang melibatkan peras ugut dan ugutan, polis akan melakukan siasatan di bawah Kanun Keseksaan. Namun, dalam konteks mengeluarkan kata-kata penghinaan berbentuk kecaman dan ayat-ayat jelik, siasatan dilakukan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.
  • Harapan Undang-Undang Khusus: PDRM berharap agar undang-undang yang lebih khusus dapat diperkenalkan untuk menangani isu buli siber. Mereka telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, untuk membincangkan keperluan undang-undang tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pada masa ini PDRM bergantung kepada undang-undang sedia ada untuk menangani kes buli siber.
"Bagi kes buli siber ini jika ianya melibatkan peras ugut dan ugutan, kita (polis) akan melakukan siasatan di bawah Kanun Keseksaan.

"Dalam konteks mengeluarkan kata-kata penghinaan berbentuk kecaman dan ayat-ayat jelik pula, ianya akan disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

"Dua jabatan dalam PDRM iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut hadir membincangkan dan memperincikan perkara berkenaan.

"Kita amat mengharapkan undang-undang yang lebih khusus untuk menangani buli siber," katanya.

Sebelum ini, Fahmi dilaporkan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu pihak berkuasa bertindak tegas terhadap masalah buli siber.

Anwar juga telah mengarahkan PDRM dan SKMM untuk melipatgandakan usaha dalam menangani masalah buli siber susulan kematian seseorang pempengaruh media sosial dan aktivis.

*Artikel disiarkan di Sinar Harian

#buli siber #Ketua Polis Negara #Razarudin Husain #SKMM #PDRM #kematian pemengaruh