Umur calon PRK Rompin tidak penting, kata Hishammuddin

Hafiz Marzukhi
April 19, 2015 17:42 MYT
Umur bukanlah faktor utama, yang penting ialah kebolehan seseorang calon dalam menggalas tugas sebagai wakil rakyat.
Umur bukanlah faktor utama, yang penting ialah kebolehan seseorang calon dalam menggalas tugas sebagai wakil rakyat.
Ini kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika ditanya mengenai pemilihan Datuk Hasan Arifin sebagai calon Pilihan Raya Kecil Rompin tidak selari dengan hasrat Umno untuk meremajakan parti.
"Jika penduduk Rompin mempercayai calon tersebut, mereka akan mengundinya. Umur bukan soal utama," kata Hishammuddin.
Tambah beliau, Barisan Nasional akan fokus kepada strategi kemenangan bagi Pilihan Raya Kecil tersebut dan bukannya komen yang dilontarkan parti pembangkang.
Beliau ditemui ketika pelancaran Hari Terbuka Transformasi PLKN di IOI City Mall di Putrajaya petang tadi.
Datuk Hasan Ariffin, 62 diumumkan sebagai calon pilihan BN di PRK Rompin yang dijadualkan pada 5 Mei manakala penamaan calon pula akan diadakan pada Rabu ini.
PAS dijangka akan menurunkan calon bagi merebut kerusi parlimen ini.
Kerusi ini kosong selepas penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggal dunia dalam satu nahas helikopter di Semenyih pada awal bulan April.
#Hasan Ariffin #Hishammuddin Hussein #PRK #Rompin
;