UMNO tidak pernah kompromi soal agama, bangsa - Ahmad Zahid

Irfan Faruqi
Mac 14, 2023 22:46 MYT
Ahmad Zahid berkata, UMNO tidak pernah berkompromi apatah lagi menggadaikan maruah bangsa dan agama dalam apa juga keadaan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir pihak yang membangkitkan isu berkaitan sentimen agama dan bangsa disifatkan helah bagi mengalihkan perhatian rakyat kepada perkara lain yang lebih penting.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu sendiri tidak pernah berkompromi apatah lagi menggadaikan maruah bangsa dan agama dalam apa juga keadaan.
Jelasnya prinsip Rukun Islam dan Rukun Iman akan terus dipertahankan setiap masa.
"Soal Rukun Islam dan Rukun Iman itu kita pertahankan, tetapi dalam waktu yang sama kita santuni agama lain. Tidak ada paksaan untuk kita ajak orang lain untuk bersama kita menjadi Islam.
"Begitu pun, apabila kita menyantuni perbezaan pendapat, ada metodologi yang harus kita ikuti. Ia melibatkan pelbagai aspek demi menjaga keharmonian bersama" katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Justeru itu, Ahmad Zahid menekankan rasional di sebalik pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengagaskan Malaysia Madani.
Katanya, gagasan itu bukan sekadar jenama, bahkan untuk memastikan agama, bangsa dan perpaduan negara terpelihara.
Agenda AWANI: Pasca 100 hari Kerajaan Perpaduan
#UMNO #Kerajaan Perpaduan #Malaysia Madani #metodologi
;