UMNO tidak membelakangkan agamawan -- Mukhriz

Astro Awani
September 25, 2013 18:00 MYT
Penekanan perlu ada untuk mengelakkan persepsi bahawa Umno telah membelakangkan agamawan dalam parti itu.
Ketika sesi soal jawab ‘Sesi Bersama Pemimpin’, Datuk Mukhriz Mahathir berkata parti berkenaan tidak pernah membelakangkan tokoh-tokoh agama. Malah, mereka sering mendapat jumlah undian yang tinggi dalam Pemilihan UMNO terdahulu.
“UMNO daripada dulu ada tokoh-tokoh agama hebat seperti Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Tan sri Yusof Noor dan Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Osman. Biasanya, mereka ini, kalau bertanding (dalam Majlis Tertinggi) akan dapat nombor satu atau dua,” kata Mukhriz.
Tambah beliau, dengan penekanan ini, masyarakat tidak lagi akan mempunyai tanggapan negatif terhadap UMNO.
“Kalau itu dapat kita lakukan saya percaya orang yang dulunya lihat UMNO ini menjauhi agama akan kembali bersama kita,” tambah beliau.
Klik video untuk saksikan dialog penuh:
#agamawan #Mukhriz Mahathir #Sesi Bersama Pemimpin #UMNO
;