UMNO terbuka bermuzakarah dengan PAS - Najib

Hakim Rahman
November 25, 2013 17:25 MYT
UMNO mengambil sikap terbuka berhubung cadangan muzakarah yang dikemukakan PAS.
Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedia bertemu dengan kepimpinan PAS bagi membincangkan perkara itu.
Malah katanya, pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob akan dilakukan dalam masa terdekat sebagai langkah pertama.
Menurut Najib, kerajaan tidak mempunyai halangan melakukan sebarang perbincangan namun, skop perbincangan perlu diteliti terlebih dahulu.
"Kita terbuka tetapi kita hendak tengok dahulu skop, kita nak minta apa penjelasan lanjut daripada pihak PAS, saya akan menemui Menteri Besar Kelantan dalam masa terdekat sebab dia meminta untuk berbuat demikian" katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).
Pertemuan dengan Ahmad Yaakob juga merupakan permintaan daripada Menteri Besar itu sendiri.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-59 menyatakan secara terbuka kesediaan untuk bermuzakarah dengan UMNO mengenai pelaksanaan pentadbiran Islam di negara ini.
#Muzakarah #Najib Tun Razak #PAS #UMNO
;