UMNO perlu tampilkan generasi baru - A Kadir Jasin
Syafique Shuib
September 19, 2013 07:45 MYT
September 19, 2013 07:45 MYT
Tokoh Wartawan Negara Datuk A. Kadir Jasin ketika menjadi tetamu untuk program Analisis AWANI menceritakan harapannya untuk melihat pencernaan semula idealisme dan agenda UMNO.
Menurutnya, UMNO perlu menampilkan perubahan dari segi dasar, agenda dan juga pemilihan generasi baru di dalam kepimpinan parti untuk kekal relevan terutama sekali dikalangan golongan anak-anak muda.
“Kita mahu melihat pemimpin-pemimpin UMNO bukan sahaja bercakap tentang contract atau benda-benda yang telah dibincangkan berkali-kali dalam setiap perhimpunan. Saya cabar mereka untuk bincang apa yang baik dan cacatnya pemerkasaan ekonomi Bumiputera,” kata beliau.
Perbincangan secara terbuka juga perlu ada didalam UMNO dan tidak mengamalkan sikap hipokrasi.
“Kalau perlu kritik, kritik biar semua orang tahu,” kata Kadir.