Umno Kelantan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera pendedahan sebuah laman blog yang mendakwa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menawarkan tanah kepada pemimpin DAP Perak.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penjelasan tepat perlu dilakukan berhubung dakwaan ini.

Mustapa berkata ia penting bagi membolehkan masyarakat terutama rakyat Kelantan mengetahui perkara sebenar.

Isu itu timbul apabila sebuah blog Pisau.net mendakwa Nik Aziz menawarkan tanah seluar 4,259.9 hektar di Relai, Chiku, Gua Musang kepada pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahanya Nga Kor Ming.

Ia bagi menerima Datuk Seri Mohmmad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.