'Umno kekal pemain utama politik orang Melayu'

Irwan Muhammad Zain
Mei 15, 2013 07:09 MYT
Umno akan terus menjadi pemain utama politik orang melayu tetapi perlu melakukan lebih banyak tranformasi untuk menarik lebih banyak sokongan.
Ahli majlis tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan transformasi itu perlu dilaksanakan demi survival Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Saifuddin berkata Umno juga akan terus menjadi parti orang Melayu yang bukan anti orang bukan Melayu.
Bekas ahli parlimen Temerloh itu juga berkata untuk terus menjadi pilihan rakyat, Umno dan BN perlu bersedia untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.
Katanya, BN perlu sedia meminta maaf atas kesalahan lalu, dan melangkah ke hadapan bagi terus kekal relevan dalam arena politik.
"Dari segi governance mesti ada garis putih yakni tak boleh lagi berlaku bukanlah sampai zero defence itu hampir possible tapi mesti betul-betul maknanya transformasi itu mesti berlipat ganda lagi"
Saifuddin menjelaskan keputusan PRU 13 lepas menunjukkan pengundi terdiri daripada dua kelompok iaitu mereka yang mengundi dengan harapan pembangunan dan pengundi yang mengundi dengan harapan demokrasi.
Beliau berkata demikian semasa wacana pasca pru-13 anjuran akhbar Sinar Harian di Shah Alam.
Selain Saifuddin, Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari Pas, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Zairil Khir Johari.
Raja Kamarul Bahrin bagaimanapun melihat konteks keputusan PRU13 bukanlah disebabkan tsunami bangsa, tetapi lebih kepada tsunami nilai yang mana jelasnya pengundi tidak lagi menilai berdasarkan status perkauman.
Sementara itu, Zairil turut memberi jaminan DAP tidak akan sesekali menghapuskan budaya dan kuasa Melayu di negara ini.
#Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad #Saifuddin Abdullah #Sinar Harian #Wacana #Zairil Khir Johari
;